Siapa Punya Kerja Balut Kotak Bungkusan Barang Dengan Seluar Dalam?

Seorang wanita meluahkan rasa berangnya apabila menerima alat tulis yang dipesannya dalam talian disarung dengan seluar dalam wanita bewarna merah jambu.

Kejadian berlaku selepas kekecohan pada beberapa hari lalu tentang mogok sekumpulan pekerja syarikat penghantaran popular J&T Express Malaysia J&T Express Malaysia.

Pembeli berkenaan, Ayunormaslinda Abu Hassan mempertahankan bahawa dakwaannya itu sahih dan bukan direka-reka.

Malah pihak penghantar dan penjualnya juga menafikan membuat kerja sedemikian.

Terdahulu Ayunormaslinda pada semalam berkongsi gambar pesanannya – empat bekas pensil kanak- kanak – yang dipek dalam kotak tetapi bersarung seluar dalam wanita berwarna merah jambu.

“Hari ini barang yang suami order (pesan) sampai dengan kotak dibalutkan menggunakan seluar dalam ini. Sangat melampau,” tulisnya di Facebook yang mahu J&T menyelesaikan perkara itu.

Wanita 32 tahun itu yang lebih mesra dengan panggilan Ayu juga menjelaskan di Facebook Live bahawa pekerja J&T yang menghantar bungkusan tersebut juga tidak tahu apa yang berlaku.

Memetik Malaysiakini, Ayu bagaimanapun berkata pihak J&T Melaka sudah menghubunginya untuk menyelesaikan isu tersebut.

“Saya dah buat aduan tersebut di J&T. Mereka ada mohon maaf kepada saya.

“Saya juga harap mereka dapat naikkan memo minta maaf atas perkara ini kerana menyebabkan kekejaman kepada saya dan juga bisnes saya.

“Sejak saya menjadi seller (penjual) memang menggunakan J&T ini, tapi bila terjadi begini saya anggap tidak wajar berlaku pada saya,” katanya yang juga seorang usahawan.

Ayu juga berkata dia telah merujuk dengan penjual yang menafikan perkara itu dilakukan mereka.

“Ya, saya dah tanyakan seller, mereka telah memberitahu mereka hantar dalam keadaan baik,” katanya.

Begitu juga dengan peniaga alat tulis itu yang menyifatkan tidak masuk akal perkara tersebut dilakukan pihaknya.

“Kami hantar dari Ipoh, Perak. Kalau hantar bungkusan seperti itu, anda rasa J&T mahu terima? Bungkusan itu akan dihantar melalui banyak pusat pengagihan sebelum sampai kepada penerima.

“Kami terkejut dan sedih kerana ada yang tuduh kami yang bertanggungjawab. Apa yang penting sekarang ini, dapatkan orang yang cipta masalah ini,” katanya.

Sementara itu, seorang jurucakap J&T Melaka memaklumkan siasatan awal mendapati ia bukan dilakukan pihak mereka.

Bagaimanapun, katanya, mereka memohon maaf atas kejadian itu dan akan menjalankan siasatan lanjut.

“Kami sudah berjumpa dengan Puan Ayu semalam dan kami sudah mohon maaf. Kes masih lagi disiasat.

“Kami tak balut bungkusan tersebut dengan seluar dalam. Sebagai satu dispatcher, tak mungkin kami balut bungkusan itu dengan seluar dalam.

“Kami (di sini) memang terima bungkusan dalam keadaan sebegitu,” jelasnya.

BBerkaitan

Latest articles