Pelakon Veteran Jalil Hamid Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Dunia seni tanah air dikejutkan dengan pemergian pelakon berpengalaman, Jalil Hamid yang dilaporkan meninggal dunia sekitar tengah hari tadi.

Berita duka itu disahkan oleh anaknya, Afiqah yang memaklumkan bapanya ditemui tidak bernyawa oleh ibunya kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Menurutnya, Allahyarham sebelum itu sempat menunaikan solat Subuh sebelum berehat dan kemudian tidak sedarkan diri.

“Kami sekeluarga memohon orang ramai agar mendoakan supaya segala urusan ayah dipermudahkan serta ditempatkan dalam kalangan insan beriman,” katanya.

Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan USJ 21.

Terdahulu, pelakon berusia 69 tahun itu dilaporkan pernah berdepan masalah jantung yang turut memberi kesan kepada tahap kesihatannya sejak kebelakangan ini.

Sepanjang bergelar anak seni, Jalil Hamid pernah mengukir kejayaan membanggakan apabila memenangi anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-13.

BBerkaitan

Latest articles