KUALA LUMPUR: Seorang bekas menteri dijadualkan didakwa di Mahkamah Sesyen, esok, berhubung kes yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Perkara itu dimaklumkan SPRM menerusi jemputan media yang dikeluarkan hari ini, dengan prosiding pertuduhan dijadualkan bermula pada jam 9 pagi.
Sumber memaklumkan, bekas menteri berkenaan dijangka berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
Peruntukan berkenaan antara lain meliputi kesalahan meminta, menerima, memberi, menjanjikan atau menawarkan suapan secara rasuah.
Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai identiti bekas menteri terbabit serta pertuduhan yang bakal dihadapi hanya dijangka diketahui ketika prosiding di mahkamah esok.










