“Saya yakin PN mampu menawan Parlimen Besut berdasarkan jumlah majoriti 4,599 yang dimenangi BN pada PRU14.
Demikian luahan calon kerusi Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh selepas namanya diumumkan sebagai calon di pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Beliau berkata, PN menaruh keyakinan tinggi merampas kerusi Parlimen Besut pada PRU15.
“Jadi, dengan bantuan ahli BERSATU di Parlimen Besut diharap mampu memberi kelebihan kepadanya mengalahkan calon bertanding pada 19 November ini,” katanya.
Menurutnya, pengalaman menjadi Ahli Parlimen pada PRU13 sedikit sebanyak membantunya untuk bekerja keras dalam memastikan Besut menjadi milik PN.
“Ia tidak mustahil berlaku. Jadi, saya akan bekerja keras dan memikat pengundi terutama golongan muda memilih PN sebagai pilihan mereka pada PRU15.
“Fokus utama saya mahu mengajak golongan muda mengimarahkan masjid dengan program keagamaan selain beberapa agenda terbaik buat rakyat di Besut,” katanya.