Pejabat Timbalan Menteri Kesihatan 1 menafikan dua laporan berita daripda dua portal, iaitu MalaysiaPost.Com dan Malaysiakini telah memuat naik artikel tidak benar berkaitan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.
Kedua-dua laporan berita itu memetik kononnya Noor Azmi melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menerima sekumpulan pelawat secara bersemuka.
Dalam satu kenyataan, ia menyebut bahawa kunjungan pelawat itu dilakukan pada sehari sebelum pelaksanaan PKP. Iaitu pada 12 Januari lalu.
“Tulisan dan dakwaan yang dibuat oleh kedua-dua portal tersebut adalah tidak benar sama sekali. Gambar kunjungan tersebut adalah pada 12 Januari 2021 iaitu sehari sebelum perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, PKP diadakan.
“Oleh itu pihak Pejabat YB Timbalan Menteri Kesihatan 1 memohon agar portal terbabit menarik balik tuduhan, dakwaan dan maklumat tidak benar yang disiarkan dalam portal terbabit dengan segera.
“Dakwaan yang tidak benar sebegitu boleh memberikan persepsi buruk masyarakat terhadap YB Timbalan Menteri 1 dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia,” kata kenyataan itu.