KUALA LUMPUR — Pelakon dan personaliti media sosial, Fattah Amin, berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Nadia Amira Othman, selamat melahirkan cahaya mata mereka semalam.
Menerusi satu hantaran di media sosial, Fattah memaklumkan bayi lelaki itu dilahirkan pada jam 6.20 petang dan diberikan nama Muhammad Jarir Umar bin Abdul Fattah.
“Ahlan Wasahlan Muhammad Jarir Umar bin Abdul Fattah. Alhamdulillah isteri saya Nadia Amira binti Othman selamat melahirkan bayi kami jam 6.20 petang semalam.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Semoga Jarir menjadi anak yang soleh dan penyejuk hati Mommy dan Daddy,” katanya.
Perkongsian itu menerima pelbagai ucapan tahniah daripada peminat, rakan artis serta pengikut media sosial yang turut mendoakan kesejahteraan ibu dan bayi.










