Selain Bajet 2023, Apa Lagi Intipati Pertemuan PM Dan Agong Hari Ini?

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, 4 petang hari ini menjadi tumpuan seluruh negara.

Dalam tentatif rasmi, Ismail Sabri menghadap Yang di-Pertuan Agong petang ini untuk mempersembah Bajet 2023.

Bagaimanapun spekulasi bertebaran bahawa Ismail Sabri juga akan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Dewan Rakyat.

Untuk rekod Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebelum ini memutuskan PRU-15 diadakan pada tahun ini juga.

BBerkaitan

Latest articles