Tiada Parti Berhak Tuntut Kerusi Bekas Komponen BN

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan mana-mana kerusi yang pernah ditandingi oleh bekas komponen itu bukan menjadi milik mana-mana parti.

Atas sebab itu, Ahmad Zahid menengaskan kerusi tersebut tidak wajar dituntut oleh mana-mana parti.

Malah dalam mendepani PRU15 akan datang, BN akan menentukan parti yang dipilihn untuk bertanding di kerusi terbabit.

“PRU-15 kerusi-kerusi yang dipunyai bekas-bekas rakan kita dulu bukan menjadi hak mana-mana parti untuk menuntut kerusi itu tetapi hak kepada BN untuk menentukan dan memberikan kepada mana-mana parti,” kata Ahmad Zahid.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Makkal Sakti Malaysia hari ini.

Ahmad Zahid memberi reaksi terhadap Ucapan Dasar Presiden Makkal Sakti R. S. Thaneenthiran yang menegur MCA kerana mahu memiliki kerusi-kerusi yang pernah ditandingi oleh Gerakan sebelum ini.

Dakwa Thaneenthiran lagi, partinya seolah-olah tiada gunanya dalam BN jika tidak diberikan sebarang kerusi untuk ditandingi.

Dalam ucapannya, Thanentiran turut mengungkit janji Ahmad Zahid yang mahu membenarkan calon Makkal Sakti bertanding pada Pilihan Raya Negeri Johor tetapi tidak ditunaikan.

Ahmad Zahid dalam reaksinya berkata, beliau semenangnya berhasrat memberikan kerusi kepada parti Friends of BN untuk bertanding tetapi terdapat sebab mengapa ia tidak ditunaikan.

Alasan tersebut telah dinyatakan kepada rakan-rakan parti terbabit.

“Saya menghormati Makkal Sakti dan rakan-rakan saya Friend of BN. Azam saya dalam PRN di Johor memang saya berhasrat beri kerusi-kerusi pada rakan-rakan Friend of BN tetapi presiden tahu kenapa. Saya tidak mahu mengaibkan sesiapa dalam perkara ini,” kata Ahmad Zahid.

Justeru untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 nanti, Ahmad Zahid akan memastikan hanya mereka yang mempunyai sikap setia kawan sahaja akan menjadi sekutu BN.

“Saya tidak mahu rakan-rakan yang dikategorikan sebagai fair-weather, when the weather is fair you are my friend.

“Keadaan itu telah berlaku sebab itu saya kenal siapa kawan, siapa lawan.

“Dalam kawan ada musuh, dalam musuh ada kawan. Kita hanya ambil kawan-kawan sahaja. Sama ada yang dari luar atau dari dalam,” kata Ahmad Zahid.

BBerkaitan

Latest articles