KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal calon perdana menteri jika Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Perkara tersebut ditegaskan Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini.
Bercakap kepada media, Ahmad Zahid berkata, tindakan pihak yang menamakan orang lain sebagai calon perdana menteri selain daripada Ismail Sabri adalah bertujuan meretakkan hubungan antara pemimpin di dalam UMNO dan BN.
“Berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan, kuasa melantik perdana menteri adalah kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong yang mana pada hemat baginda seseorang ahli Parlimen itu mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen lain.
@therakyatinsight UMNO kekal calonkan Ismail Sabri Sebagai Perdana menteri #Barisannasional #keluargamalaysia ♬ original sound – The Rakyat Insight
“Jika ada parti pembangkang ‘menamakan’ orang lain sebagai calon perdana menteri selain Ismail Sabri itu adalah usaha memecahbelahkan Umno dan BN.
“Kita berpegang kepada prinsip UMNO telah mencalonkan Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri itu tidak boleh dipertikaikan lagi,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan persidangan UMNO Bahagian Bagan Datuk hari ini.
Sebelum ini terdapat kenyataan yang disebarkan oleh pihak tertentu di media sosial kononnya penyandang kerusi Parlimen Bagan Datuk itu akan dinamakan sebagai calon perdana menteri jika BN menang PRU15.
Pada bulan lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan turut menafikan kenyataan yang mendakwa Ahmad Zahid dinamakan sebagai calon perdana menteri seperti yang tular di media sosial