Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM – Polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan mengenai insiden kekecohan yang berlaku semasa upacara pengebumian Pegawai Pemerintah Skuadron 503 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Allahyarham Komander Muhammad Firdaus Ramli di Masjid Jamek Sungai Nibong di sini, pada malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta berusia 46 tahun terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid berkenaan.

Menurutnya, kenderaan terbabit kemudian dikerumuni orang ramai dan pemandu kereta tertekan hon akibat berasa panik dengan keadaan itu.

“Berikutan itu berlaku kekecohan dan kenderaan pengadu mengalami sedikit kerosakan.
“Bagaimanapun kekecohan itu berjaya dileraikan oleh pasukan polis dan anggota TLDM yang berada di lokasi kejadian,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, pada Khamis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan setakat ini belum ada tangkapan dibuat. Cermin kereta pada bahagian pemandu pecah, namun pemandu kenderaan itu tidak cedera.

Menerusi ruangan komen, individu yang mendakwa berada di lokasi ketika kejadian, pemandu kereta terbabit disifatkan sebagai tidak sabar dan tidak menghormati urusan istiadat berkenaan dan lebih 1,000 jemaah hadir ke masjid berkenaan bagi menunaikan solat jenazah Pegawai Pemerintah Skuadron 503 TLDM itu

BBerkaitan

Latest articles