Penceramah Mesra Zionis – KPT Mahu UM Berikan Laporan, Arah Semua program babit penceramah berkenaan dibatalkan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum dan memandang serius isu yang berlaku berhubung tindakan seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial.

Di dalam satu kenyataan malam ini, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Kadir berkata pihaknya mahu sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah itu dibatalkan segera dan turut meminta Pihak Universiti Malaya menyiasat perkara ini dan melaporkan segera butiran lanjut.

Beliau yang mengulas mengenai tindakan Universiti terbabit yang menjemput seorang profesor pro-Zionis dari Amerika sehingga mencetuskan kegemparan masyarakat itu berkata setiap agensi dan institusi di bawah KPT agar peka, berhati-hati dan membuat semakan latar belakang dengan teliti sebelum menjemput mana-mana individu atau pihak ke majlis dan program yang dianjurkan.

“ Walaupun IPT diberi autonomi untuk memutuskan program-program intelektual tetapi itu bukan bermakna institusi bebas secara mutlak sehingga tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat Malaysia.” Katanya

semalam, Bruce Gilley, profesor sains politik menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin sebagai penyebar kebencian terhadap Yahudi.

Beliau yang turut menimbulkan kontroversi kerana mendokong tindakan kuasa Barat menjajah negara lain, itu berkata ahli politik Malaysia mahukan “Holocaust kedua”, atau pembunuhan ramai-ramai terhadap bangsa Yahudi.

“Ini sikap buruk lama di kalangan ahli politik Malaysia yang mengingatkan kembali kepada nasihat Mahathir supaya belajar daripada Jerman bagaimana cara menghapuskan bangsa Yahudi.

Kini, penyampai berita TV menamatkan siaran dengan kata-kata ‘Dari Sungai ke Segara’ dan ‘Israel cuak’,” tulisnya di X, mengulas ucapannya mengenai dasar luar Malaysia yang disampaikan pada ceramah anjuran UM semalam.

Kirimannya di X yang mengutuk sokongan Malaysia kepada perjuangan Palestin mengundang kecaman yang mempersoalkan pendiriannya, manakala ramai yang mengkritik UM kerana menjemput seorang penceramah pro-Zionis itu.

sementara itu, di dalam perkara semakan kami mendapati, penceramah berkenaan telah menarik balik dan menurunkan hantarannya itu di laman X

Katanya beliau telah memadamkan kenyataannya sebelum ini demi keselamatan dan kesejahteraan rakan-rakan saya di Universiti Malaya, yang kepimpinannya telah bertindak balas terhadap bantahan pelajar. Petikan daripada ucaptama saya mencerminkan pandangan saya sahaja. Saya kesal dengan kemudaratan yang saya lakukan kepada rakan-rakan akademik saya katanya
 

BBerkaitan

Latest articles