Isu Penceramah – UM Mohon Maaf, Ambil Tindakan Serta Merta Tangani Situasi

Universiti Malaya (UM) mengambil maklum saranan YB Menteri Pendidikan Tinggi dan telah mengambil tindakan serta merta membatalkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah jemputan warga asing tersebut.

Melalui satu kenyataan sebentar tadi, Universiti berkenaan menyatakan rasa kesal di atas ucapan kontroversi yang dibuat penceramah jemputan berkenaan dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang didapati terlibat di dalam isu ini

“ UM berasa kesal dengan kenyataan kontroversi serta tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di laman media sosial Laporan lengkap berhubung isu ini sedang disediakan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang didapati terlibat dengan isu ini.

UM turut memandang serius perkara ini dan memohon maaf kepada semua pihak. Demi memastikan perkara seperti ini tidak berulang, UM juga sedang menambah baik prosedur dan garis panduan yang lebih ketat terutamanya semakan latar belakang mana-mana individu atau pihak yang akan bekerjasama termasuklah kajian penilaian risiko profil media sosial.

Dalam pada itu, pihak UM turut mengecam kenyataan terbaharu individu tersebut berkenaan aspek keselamatan mengembara ke Malaysia. Ini merupakan kenyataan tidak bertanggungjawab dan melampau yang mencetuskan kemarahan seluruh rakyat Malaysia.

Pihak UM akan terus mendokong pendirian Kerajaan yang menentang sebarang unsur berkait dengan Israel dan menyokong penuh usaha mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka yang sah katanya lagi.

BBerkaitan

Latest articles