RASMI – Senarai Nama 10 Anggota TLDM Terbabit Nahas

KUALA LUMPUR —Dua Pegawai Pemerintah Skuadron Helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dikenal pasti antara 10 yang terkorban dalam nahas membabitkan dua helikopter pasukan itu hari ini.

TLDM dalam satu kenyataan mengesahkan 10 yang terkorban itu terdiri daripada masing-masing tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM) dan tiga kru Fennec.

“Mangsa yang berada di Pesawat HOM (M503-3) adalah Pegawai Memerintah Skuadron 503 Komander Muhammad Firdaus Ramli TLDM; Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin TLDM; Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi TLDM dan Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun.

“Selain itu, dalam pesawat sama, mangsa yang terlibat adalah Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy (Penumpang); Bintara Muda TNL Noor Rahiza binti Anuar (Penumpang) dan Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna (Penumpang),” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Manakala bagi pesawat Pesawat Fennec (M502-6) adalah melibatkan tiga orang kru iaitu Pegawai Memerintah Skuadron 502 Komander Muhamad Amir Mohamad TLDM; Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan TLDM dan Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.

TLDM berkata, pengurusan jenazah semua mangsa yang terkorban akan dilaksanakan dalam masa terdekat mengikut tradisi pasukan itu.

BBerkaitan

Latest articles