Wisma Putra Sahkan Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Insiden Tembakan Di Siam Paragon

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar Negeri memaklumkan setakat ini tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam insiden tembakan rambang di Siam Paragon Mall, Bangkok, semalam.

Terdahulu, kekecohan di pusat beli belah itu tercetus selepas seorang lelaki bersenjatakan pistol telah melepaskan tembakan rambang, dan meragut dua nyawa, selain mencederakan lima orang awam.

Penembak rambang tersebut juga dilaporkan telah ditahan oleh pihak berkuasa di tempat kejadian.

Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai insiden tersebut.

Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok di butiran seperti di bawah:

Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok
Kronos Sathorn Tower
Level 17, 46 North Sathorn Road, Silom, Bang Rak
Bangkok 10500
Tel: +66-2340-5720
+66-2340-5731 / 5732 (hal-hal konsular)
+66-87-028-4659 (untuk kecemasan)
Faks: +66-2340-5721
Emel: [email protected]

BBerkaitan

Latest articles