KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memalumkan dua Ketua Wanita UMNO Bahagian digantung sementara selaras dengan dengan Fasal 10.15 Perlembagaan UMNO.
Ahmad Maslan berkata, penggantungan itu membabitkan Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau Datin Seri Shamsiah Yasin dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran Datin Seri Fatimah Kassim.
Penggantungan itu selaras dengan Fasal 10.15 Perlembagaan UMNO kerana ada aduan sahih berkenaan tingkah laku, sikap dan kecenderungan kedua-dua individu terbabit secara langsung atau tidak langsung dan menyokong calon parti lawan pada PRU15.
“Butiran lanjut dan pertuduhan akan dibuat dalam masa terdekat apabila aduan ke atas kedua-dua Ketua Wanita berkenaan (dikemukakan) kepada Lembaga Disiplin dalam waktu terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Maslan berkata, UMNO turut mengaskan bahawa pemantauan berterusan akan dilakukan terhadap ahli-ahli parti sepanjang tempoh kempen PRU-15 bagi memastikan tiada unsur sabotaj dilakukan terhadap calon dan parti.