Tun M Sengaja Main Provokasi Untuk Pastikan Dirinya Tak ‘Tenggelam’

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Tun Dr Mahathir Mohamad akan menggunakan sentimen provokasi sebagai taktik apabila mempromosi negara berbilang bangsa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ahmad Zahid percaya tindakan itu sengaja dibuat untuk memastikan bekas perdana menteri itu untuk kekal diterima dan relevan dalam perkembangan politik tanah air.

“Saya mengenali Dr Mahathir, beliau memang gemar mewujudkan isu provokasi dan saya tidak berniat untuk membalas taktik provokasi itu.

“Beliau sudah memikirkannya (untuk membuat dakwaan itu) dan beliau menggunakan taktik ini untuk membangkitkan provokasi kepada pihak lain.

“Ini dibuat kerana beliau mahu sentiasa peka dalam keadaan umurnya itu…beliau patut meneruskan kehidupannya,” katanya di sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), hari ini.

Terdahulu Ahmad Zahid ditanya sama ada Dr Mahathir sengaja mencipta kenyataan bersifat provokasi bagi mencuri sentimen susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Ia susulan kritikan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu yang dituju kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya terpaksa akur dengan manifesto DAP khususnya menjadikan Tanah Melayu negara pelbagai kaum dan agama rasmi Islam diganti dengan negara sekular iaitu tidak ada agama rasmi semata-mata mahukan sokongan.

BBerkaitan

Latest articles