Polis berjaya Tahan Saspek Penyimbah Asid Pemain Selangor

POLIS dilaporkan berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam insiden simbah asid terhadap bintang Selangor FC dan pemain kebangsaan, Faisal Halim di sebuah pusat beli-belah di Damansara, di sini, semalam.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan

“Suspek adalah lelaki berusia 20-an dan akan direman hari ini.

“Pada masa sama, kami sudah merakam keterangan tiga individu termasuk mangsa (Faisal) lapor portal Harian metro

Semalam pemain kebangsaan itu menjadi mangsa disimbah asid sehingga mengalami kecederaan agak teruk di sekitar bahagian belakang badannya.

Jelas sumber, apa yang terjadi kepada Faisal atau mesra dipanggil Mickey itu sudah pasti akan memberi kesan amat besar kepada kesihatan mentalnya untuk kembali bangkit daripada espisod hitam itu.

Namun, katanya, keadaan mungkin akan menjadi lebih parah sekiranya simbahan asid yang dilakukan penyerang itu terkena kepada anak Faisal yang masih kecil.

“Individu itu memang sasarkan muka Faisal (Halim) tapi dia sempat elak. Kalau kena muka berisiko kena mata dan kemungkinan besar terus tamat karier dia. Andai terjadi perkara itu, mesti akan lebih menyedihkan Faisal.

BBerkaitan

Latest articles