Kerajaan bina rumah PPR untuk 245 keluarga estet

KERAJAAN bersetuju membina sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kuala Selangor bagi menempatkan 245 keluarga peneroka estet getah melibatkan lima ladang di Bestari Jaya, Hulu Selangor, yang diusir tanpa rumah.

Lima ladang di kawasan DUN Kuala Kubu Baharu itu ialah Ladang Mary, Ladang Nigel Gardner, Ladang Sungai Tinggi, Ladang Minyak dan Ladang Bukit Tagar.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam kenyataan berkata, projek dengan peruntukan RM75 juta itu mendapat kerjasama Berjaya Corporation Berhad melalui sumbangan tanah seluas 8.09 hektar di Lot 25, Ladang Sungai Tinggi, Bestari Jaya, Kuala Selangor.

“Pelaksanaan projek PPR Bestari Jaya ini telah pun diluluskan pada 2018, namun berikutan penetapan hala tuju baru kerajaan semasa, projek PPR ini perlu ditender semula secara tender terbuka bagi tujuan pembangunan projek PPR berkenaan.

“Bagaimanapun, sehingga kini isu ini masih tidak dapat diselesaikan sehingga terdapat pekerja ladang yang terpaksa diusir daripada menetap di rumah sedia ada dan terpaksa mencari tempat berteduh dalam kalangan saudara mara.

“Rasa keprihatinan dengan nasib peneroka estet getah ini, KPKT telah meneliti kembali permohonan pembinaan rumah untuk 245 pekerja ladang yang terkesan itu melalui kerjasama strategik bersama pihak Berjaya Corporation Berhad,” kata kementerian.

Justeru, Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
bersama Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM75 juta
bagi menjayakan projek tersebut. Selain itu, KPKT juga sentiasa memberikan
komitmen sepenuhnya dalam menggalas tanggungjawab menyediakan perumahan
mampu milik demi kesejahteraan dan keselesaan rakyat negara ini

BBerkaitan

Latest articles