Tindakan Melampau, Sultan Selangor Mahu Siasatan Ke Atas Penyerang Faisal

KUALA LUMPUR: Sultan Sharafuddin Idris Shah, selaku Penaung kepada Selangor FC mengecam serangan terhadap pemain Faisal Halim yang menjadi mangsa simbahan asid petang semalam.

Sultan Selangor juga menyifatkan kejadian itu sebagai melampau kerana melibatkan nyawa.

Sultan Sharafuddin dan pengerusi Selangor FC, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, mahu kejadian itu disiasat ke akar umbi sehingga pelakunya dapat ditangkap dengan segera.

“Baginda… mahu siasatan turut merangkumi kemungkinan sekiranya ada melibatkan kegiatan kumpulan yang berniat jahat atau keingkaran awam seperti samseng bola sepak atau hooliganisme,” katanya dalam kenyataan, di FB Pejabat DYMM Sultan Selangor.

“Baginda khuatir jika insiden seperti ini tidak dibanteras segera, ia akan terus melarat sehingga boleh mengundang perkara lebih buruk pada masa akan datang.”

Turut mengecam insiden serangan itu adalah, Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim.

Baginda mengkritik tindakan individu tidak bertanggungjawab terhadap keselamatan dan kesejahteraan Faisal, dan pemain Terengganu, Akhyar Rashid.

“Saya berharap agar polis segera menyiasat kes-kes tersebut dan mengambil tindakan yang sewajarnya,” kata pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim itu, di FB Johor Southern Tigers.

BBerkaitan

Latest articles