Penyerang Memang Sengaja Nak Akhiri Karier Faisal, Dedah Sumber

KUALA LUMPUR: Sumber terdekat kepada Faisal Halim mendakwa penyerang pemain Selangor FC itu seolah sengaja menyasarkan simbahan asid ke bahagian muka.

“Individu itu memang sasar muka Faisal (Halim) tapi dia sempat elak. Kalau kena muka berisiko kena mata dan kemungkinan besar terus tamat karier dia,” katanya.

Semalam, pemain kebangsaan itu menjadi mangsa disimbah asid sehingga mengalami kecederaan agak teruk di sekitar bahagian belakang badannya.

Jelas sumber, apa yang terjadi kepada Faisal atau mesra dipanggil Mickey itu sudah pasti akan memberi kesan amat besar kepada kesihatan mentalnya untuk kembali bangkit daripada espisod hitam itu.

Namun, katanya, keadaan mungkin akan menjadi lebih parah sekiranya simbahan asid yang dilakukan penyerang itu terkena kepada anak Faisal yang masih kecil.

“Individu itu memang sasarkan muka Faisal (Halim) tapi dia sempat elak. Kalau kena muka berisiko kena mata dan kemungkinan besar terus tamat karier dia. Andai terjadi perkara itu, mesti akan lebih menyedihkan Faisal.

“Mungkin Allah mahu lindung keluarga Faisal sebab anak dia tidak berada berdekatan dengan dia (semasa kejadian) dan isteri dia pula terkena sedikit percikan di tangan dan tidak pasti bagaimana status isteri Faisal tu.

Bintang Selangor FC dan skuad kebangsaan itu diserang oleh individu tidak dikenali sehingga badannya mengalami luka teruk selepas disimbah asid.

Pada Khamis lalu, seorang lagi pemain kebangsaan, Akhyar Rashid menjadi mangsa samun dan didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompet.

Namun insiden jenayah terhadap dua pemain kebangsaan itu dipercayai tiada hubung kait.

BBerkaitan

Latest articles