Salahuddin Komited Berjuang Sampai Akhir Hayat

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai seorang pemimpin yang sangat komited memperjuangkan kesejahteraan rakyat sehingga ke nafas terakhirnya.

“Sehingga hujung nyawa beliau prihatin dan terus berjuang memikirkan kesejahteraan rakyat.

“Seorang rakan Kabinet Kerajaan Perpaduan yang sangat saya hormati, berperwatakan rendah diri.

“Beliau sentiasa komited dan berdedikasi di dalam melaksanakan tanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Salahuddin, yang juga Ahli Parlimen Pulai meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, jam 9.23 malam tadi, selepas mengalami pendarahan otak, Jumaat lalu.

Sebelum itu, Timbalan Presiden Amanah itu dilaporkan mengalami mual dan muntah-muntah dan dikejarkan ke hospital, dan kemudiannya menjalani pembedahan di hospital yang sama.

“Marilah bersama kita berdoa semoga Allah SWT merahmati beliau dan memberikan kesabaran kepada seisi keluarga di atas kehilangan ini.”

BBerkaitan

Latest articles