Fadhli Shaari Saman Blogger Dakwa Kaitkan Dirinya Dengan Etnik Rohingya

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang blogger selepas didakwa memfitnah beliau menerusi hantaran Facebook yang mengaitkannya dengan etnik Rohingya dan kelompok warga asing yang kononnya menguasai Parlimen Malaysia.

Saman fitnah itu difailkan melalui firma guaman Tetuan Nazrul Nazir & Co terhadap Mohamad Salim Iskandar pada 2 November lalu, berhubung hantaran yang diterbitkan pada 7 Jun 2026.

Peguam Fadhli, Nazrul Hakim Md Nazir berkata, hantaran berkenaan menggambarkan anak guamnya sebagai sebahagian daripada kelompok warga asing yang didakwa menguasai Parlimen.

Menurutnya, dakwaan itu tidak benar dan mengelirukan, selain berpotensi menjejaskan reputasi serta kredibiliti Fadhli sebagai Ahli Parlimen yang dipilih secara sah.

Beliau berkata, pihaknya sebelum itu telah mengeluarkan notis tuntutan kepada Salim pada 11 Jun bagi memberi peluang menyelesaikan pertikaian berkenaan tanpa perlu dibawa ke mahkamah.

Bagaimanapun, tiada sebarang maklum balas diterima sehingga tindakan saman diambil.

Nazrul Hakim menegaskan, tindakan undang-undang itu bukan bertujuan menyekat kebebasan bersuara, kritikan politik atau merendahkan mana-mana etnik, sebaliknya bagi mempertahankan reputasi anak guamnya daripada dakwaan yang didakwa palsu dan tidak berasas.

“Pihak kami menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan merit saman ini berdasarkan undang-undang dan keterangan yang dikemukakan,” katanya dalam kenyataan.

BBerkaitan

Latest articles