Remaja Tingkatan Empat Dakwa Jadi Mangsa Rogol Guru

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan tingkata empat membuat laporan polis selepas mendakwa dirogol oleh seorang guru sekolah menengah di Tawau, Sabah.

Sehubungan itu sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tawau menahan lelaki berkenaan yang berusia 36 tahun berhampiran sebuah premis di Kompleks Fajar pada 9.58 malam tadi.

Ketua Polis Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata mangsa membuat laporan mendakwa dirogol suspek dalam rumah lelaki itu di sebuah taman perumahan di Jalan Apas, antara 2.30 hingga 4.45 petang Rabu lalu.

“Ketika kejadian, suspek meminta mangsa melakukan oral seks sebelum melakukan hubungan seks tanpa kerelaan mangsa,” katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa dan suspek tidak menjalinkan hubungan cinta.

Anak sulung daripada enam beradik itu mengaku suspek beberapa kali memintanya melakukan oral seks ketika mereka keluar berdua-duaan antara Ogos 2022 hingga 18 Okt lalu.

Suspek direman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 377(C) Kanun Keseksaan.

BBerkaitan

Latest articles