yakinlah taat setia saya, setiakawan saya pada Najib tak berubah – Zahid

KUALA LUMPUR: yakinlah taat setia saya, setiakawan saya pada Najib tak berubah kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya Umno menggunakan pelbagai jalan untuk mengembalikan Najib Razak ke pangkuan keluarga kepada kelab penyokong bekas perdana menteri itu.

Dalam ucapannya sempena mesyuarat agung dwi tahunan Kelab Sahabat Najib, Zahid berkata ada jalan lain yang “terbuka” di sebalik rintangan dan kekangan yang dihadapi dalam usaha membebaskan Najib.

Beliau bagaimanapun tidak menghuraikan jalan yang disebutkan itu di hadapan pemberita, di majlis yang turut dihadiri oleh isteri Najib, Rosmah Mansor, dan anak mereka, Norashman dan Nooryana Najwa.

“Apa yang saya lakukan semua orang tahu. Yang saya lakukan tak ramai tahu tapi Rosmah tahu apa yang saya lakukan. Saya tak boleh cerita di sini kerana terlalu ramai pemberita di sini,” katanya.

“Kita jangan putus asa, jangan berhenti berusaha. Kita berusaha dan bertawakal kepada Allah. Dalam keadaan begitu, proses perundangan bukan satu-satunya jalan yang kita harus ambil untuk membawa kembali Najib bersama dengan keluarga. Bukan melalui kaedah undang-undang sahaja.

“Undang-undang ada rintangan ada kekangan tetapi ada jalan-jalan lain yang insya-Allah terbuka… saya sangat-sangat yakin bahawa jalan itu adalah jalan yang terbaik, yang pada hemat saya, kita boleh lakukan melalui beberapa kaedah tertentu yang direstui oleh keluarga Najib.

Acara turut menyaksikan kelab penyokong meluluskan dan menyerahkan suatu resolusi kepada Zahid, untuk merayu kepada pihak berwajib agar meletakkan Najib bawah penahanan di rumah, dan memohon pengampunan penuh buat bekas perdana menteri itu.

BBerkaitan

Latest articles