Penyerang Faisal Halim dipercayai guna motosikal curi

SHAH ALAM – Pihak polis kini sedang meneliti rakaman litar tertutup (CCTV) kawasan berhampiran susulan kes pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim, disimbah asid di damansara sebentar tadi.

Menurut sumber Astro Arena, Faisal ketika itu sedang membawa keluarganya keluar ke pusat membeli-belah dan dua individu bermotosikal menghampirinya sebelum menyimbah asid kepadanya.

Semakan terhadap nombor kenderaan yang digunakan merupakan nombor kenderaan palsu dan motosikal itu dipercayai motosikal curi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Dalam Pada itu, EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor, Najwan halimi turut mengesahkan kejadian berkenaan

Katanya beliau telah berhubung dengan pihak pengurusan Selangor FC dan dimaklumkan bahawa saudara Faisal kini sedang dirawat di hospital.

” Keadaan beliau stabil namun mengalami kelecuran tahap dua di beberapa bahagian tubuh iaitu di sekitar leher, bahu, lengan dan dada”

Saya mengecam tindakan kekerasan seumpama ini dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan membawa pelaku ke muka pengadilan katanya.

BBerkaitan

Latest articles