Sentiasa Santuni Pesakit, Kakitangan Hospital, Beri Duit Raya Dari Poket Sendiri

KUALA LUMPUR: Sudah menjadi kebiasaan buat dirinya untuk memberi sumbangan wang setiap kali menyantuni kakitangan dan pesakit di wad dan di mana-mana hospital yang dilawati.

Sehubungan itu, Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan dirinya sedia disiasat berhubung tindakan memberi duit raya kepada kakitangan hospital dan pesakit di Kuala Kubu Baharu, baru-baru ini.

“Sejak raya ni, saya pergi seperti lawatan di hospital, lawatan untuk menyantuni kakitangan saya dan juga lawatan ke atas mana-mana pesakit di wad, saya berikan duit raya.

“…dan saya sebutkan (pada penerima) duit raya daripada saya…jadi, ingatan saya memang di mana-mana hospital yang saya pergi tiada terkait dengan pilihan raya atau tidak, sehinggalah terakhir di Kuala Kubu Baharu.

“Begitulah yang saya lakukan. Itulah habit (kebiasaan) saya,” katanya Ketika ditemui media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pihak Berkuasa Peranti (MDA), hari ini.

Dzulkefly diminta mengulas gesaa Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyiasat dirinya yang didakwa memberi sampul kepada pengundi di Kuala Kubu Baharu.

Katanya, beliau terkejut melihat gambar Dzulkefly mengedar sampul yang disifatkan sebagai ‘gula-gula’ menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Baharu.

Mengulas lanjut, Dzulkefly berkata, dia tidak kisah sekiranya mana-mana pihak hendak membuat sebarang andaian berhubung perkara itu.

Katanya, apa yang dilakukan bukan untuk meraih populariti sebaliknya sekadar menyantuni mereka yang ditemui.

Dalam pada itu Dr Dzulkfly berkata, beliau sedia disiasat berhubung dakwaan mengedarkan sampul duit raya yang tertera gambar beliau kepada pengundi di Kuala Kubu Baharu.

Jelasnya, tindakan beliau itu dilakukan sebelum hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

“Siasatlah, apa nak siasat pun. Tidak mengapa…mereka akan tahu apa yang sebenarnya,” ujarnya.

BBerkaitan

Latest articles