Langkah Malaysia berdepan jangkitan besar-besaran wabak Covid-19 yang melanda dunia boleh menjadi contoh kepada negara lain dalam usaha untuk membendung penyakit berkenaan dari terus menular.
Seorang pakar akademik Profesor Neulorogi di Washington University, Missouri, Amerika Syarikat (AS) Jason Hassenstab berkata dalam satu laporan The Star, beliau memuji gerak balas kerajaan untuk melawan virus berkenaan dan mencadangkan AS turt melakukan perkara yang sama.
Beliau dikatakan berada di Malaysia pada bulan lepas dan mengakui ia bukan waktu perjalanan yang baik untuk ke negara ini.
However, Malaysia’s COVID-19 enforcement was evident everywhere, even in the remote rainforest where we were staying. Mobile carriers sent a message about social distancing every day. The carrier ID at the top of my phone that normally says Sprint said “Stay Home” instead. 3/12
— Jason Hassenstab (@neuroplebeian) March 22, 2020
“Saya melihat banyak perbezaan antara Malaysia dan Amerika. Di Malaysia kami pergi ke empat bandar iaitu Kuala Lumpur, Kota Kinabalu,Lahad Datu dan Sandakan.
“Langkah penguatkuasaan dapat dilihat di mana-mana sehingga ke dalam hutan tropika tempat kami menginap.
“Syarikat telekomunikasi (Telco) memberikan mesej pesanan ringkas tentang penjarakan sosial setiap hari, mereka juga meletakkan ayat “Stay Home” di bahagian atas telefon bimbit,” katanya dalam satu bebenang di Twitter.
Beliau turut memberikan contoh, apabila melihat keadaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan para pengawal keselamatan meminta orang ramai melakukan penjarakan sosial.
“Kain rentang dengan maklumat dan gambar yang diseriakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia berada di mana-mana.
“Tempat duduk telah diletakkan pita menghalang sesiapa untuk duduk rapat,” katanya dalam ciapannya.
Semua petugas di lapangan terbang memakai topeng hidung dan mulut dan cecair pembasmi kuman diletakkan di setiap kaunter.
Menurut Hassenstab, kerajaan Malaysia konsisten dengan satu mesej sahaja iaitu duduk di rumah, jaga jarak sosial anda dan basuh tangan anda sehingga semua orang di seluruh negara melakukannya.
Beliau membuat perbandingan antara KLIA dengan lapangan terbang lain yang sibuk di dunia termasuk di Atlanta dan menyatakan di sana hanya lima peratus petugas di sempadan yang memakai topeng dan sarung tangan.
“Tidak ada cecair pembasmi kuman di semua tempat, hanya di tandas tertentu sahaja, kedai dan premis perniagaan dibuka, urusan seperti biasa, orang ramai bersesak dan tiada penjarakan sosial dilakukan,” katanya.
Dia turut menceritakan perjalanannya ke yang turut singgah di Tokyo, ada seorang penumpang di dalam pesawat mengalami demam panas, muntah dan mengalami sakit badan.
Katanya, pasukan paramedik datang bersama dengan petugas Pusat Kawalan Wabak (CDC) di pintu keluar memberikan rawatan kepadanya, tapi semua penumpang lain berjalan di kawasan pemeriksaan Kastam seperti tiada apa-apa yang berlaku,
“Saya, Margaret dan anak-anak telah diperiksa suhu badan kerana kami di datang dari Malaysia dan Singapura, tetapi itu sahaja yang mereka lakukan,” katanya.
Hassenstab berkata orang akan meninggal dunia dalam jumlah yang besar selagi tidak ada langkah drastik dilakukan.
Setiap negara perlukan mesej yang jelas dan konsisten untuk menghentikan jangkitan,” katanya.
Semenjak dua hari lepas, Malaysia sudah merekodkan kadar jangkitan baharu kurang daripada 100 dan jumlah mereka yang sembuh dari Covid-19 terus bertambah. – TRI