PN ‘Tak Minat’ Dengan Usaha Jatuhkan Kerajaan, Tunggu PRU16

KUALA LUMPUR: Kenyataan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim bahawa terdapat rancangan untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan dinafikan Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Ahli Parlimen Marang itu sebaliknya mendakwa PN akan menunggu tempoh lima tahun sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) untuk menukar kepimpinan kerajaan.

Abdul Hadi berkata, gabungan politik itu akan mengambil pendekatan tunggu dan lihat dan melihat sejauh mana keberkesanan Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sekurang-kurangnya untuk pilihan raya akan datang. Pengaruh yang kita ada sekarang ini kita lanjutkan lagi. Insya-Allah.

“Buat masa ini, kita mahu lihat kepada perkembangan semasa apakah tindakan kerajaan semasa (Kerajaan Perpaduan), kita tunggu apa reaksi rakyat terhadap kerajaan sekarang yang ada hari ini.,” katanya katanya selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan, Shahidan memberi bayangan Kabinet tidak akan bertahan lama dan PN menerima sokongan yang baik.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, PN telah memuktamadkan pemimpin yang akan mengetuai blok pembangkang itu di Parlimen.

“PN akan buat kenyataan. Kita dah lantik (Ketua Pembangkang),” ujarnya.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,682FollowersFollow
20,500SubscribersSubscribe

Terkini