PM Yakin Dua Negeri Pembangkang Jadi Milik PH-BN

KUALA LUMPUR: Gabungan Kerajaan Perpaduan yang dianggotai Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bakal merampas dua negeri pembangkang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Bahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan untuk terus kekal memerintah di tiga negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

“Sekarang ini kita nampak menjurus kepada kedua negeri lagi (bakal ditawan PRN nanti). Itu saya akan umumkan kemudian,” katanya selepas melancarkan buku Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam di Kompleks Islam hari ini.

Anwar memaklumkan keyakinan itu bersandarkan kepada hasil kajian dan maklumat yang diperoleh.

“Saya di dalam kerajaan ini ada dapat sedikit maklumat tambahan bahawa saya lihat tiga negeri tersebut sangat kuat untuk dipertahankan,” ujarnya.

PRN ke-15 turut membabitkan tiga lagi negeri iaitu Kedah, Terengganu dan Kelantan yang ditadbir oleh Perikatan Nasional (PN).

Dalam pada itu, Anwar memberitahu, pengagihan kerusi bersama BN telah selesai sepenuhnya dan tiada pertindihan yang berlaku.

Bagaimanapun, beliau berkata, pimpinan negeri sentiasa diberi ruang untuk memberi sebarang usul atau pandangan terhadap isu berkenaan.

BBerkaitan

Latest articles