MELAKA: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perebutan kerusi Parlimen merupakan medan berbeza daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sambil menekankan keperluan memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti susulan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai keyakinan BN untuk menawan lima kerusi Parlimen sekiranya gabungan itu mencatat kemenangan besar dalam PRN Melaka.
“Ini satu platform yang berbeza. Kita pernah mengalami kekalahan dalam Pilihan Raya Umum yang ke-15 yang lalu,” katanya ketika ditemui di Paya Rumput malam ini.
Ahmad Zahid berkata, pengalaman tewas di kerusi Parlimen di Melaka dan beberapa kawasan lain perlu dijadikan iktibar untuk membetulkan kesilapan lalu.
Beliau berkata, BN dan Perikatan Nasional (PN) perlu mengurus perbezaan antara kedua-dua gabungan serta mengutamakan perkara prinsip untuk menterjemahkan kerjasama itu dalam politik negara.










