Pengarah syarikat penganjur festival raya Hooray X Fest didakwa hari ini

KUALA LUMPUR: Lima individu, termasuk pengarah syarikat penganjuran festival raya Hooray X Fest di Pusat Dagangan Putra (WTC) di sini, yang dibatalkan saat akhir akan didakwa pagi ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata kesemua suspek berusia antara 23 hingga 74 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Jenayah 4, Jalan Duta, pada jam 11 pagi ini,” katanya ketika dihubungi.

Semalam media melaporkan, pengurus dan pegawai pemasaran Hooray X Fest Raya disambung reman sehari bagi melengkapkan siasatan polis.

BBerkaitan

Latest articles