Penyampai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Farit Ismeth Emir, 66, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Assunta, Petaling Jaya, hari ini.
Berita kematian Allahyarham disahkan oleh anaknya Farzwa De-Attaher Emir atau lebih dikenali sebagai DJ Fuzz.
Dukacita penyampai berita RTM terkenal Farit Ismeth Emir baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir di Shah Alam. Farit, fondly known as Pak Ngah to all of us at RTM. He will be missed.
Semoga Pak Ngah tenang disisiNya. Al-fatihah.
Info dari anak Allahyarham
— AkbarSahari (@rabkairahas) April 20, 2020
“Farid Ismeth Emir baharu sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Assunta, Petaling Jaya.
“Allahyarham dikenali sebagai Pak Ngah dalam kalangan warga RTM merupakan individu yang penting dan sudah tentu beliau akan dirindui,” katanya.
Farid dianggap sebagai memiliki suara emas dan dikenali sebagai pembaca berita yang akan menutup berita dengan mutiara kata yang menarik. Berita kematiannya mendapat perhatian ramai dan dianggap sebagai satu kehilangan besar dalam dunia penyiaran negara.
Semoga rohnya dicucuri Rahmat.