PAS Buat Keputusan Jangan Pentingkan Diri

KUALA LUMPUR: Pilih sama ada Perikatan Nasional (PN) atau Muafakat Nasional (MN), demikian tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin.

Ujarnya PAS masih berminat untuk bermain dalam dua ‘kolam’, dan perlu membuat keputusan yang bukan hanya mementingkan diri mereka.

“Ketika ini kerjasama antara UMNO dan PAS masih terjalin dan terserah kepada Pas membuat sebarang keputusan dan UMNO sentiasa terbuka dalam soal kerjasama demi kebaikan rakyat.

“Sebab PAS beritahu dia sokong MN, dia sokong juga PN tetapi di Melaka dia tidak sokong kita dia lawan kita,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Lanchang itu berkata demikian ketika ditemui selepas perasmian pertandingan Datuk Seri Mohd. Sharkar ESport Championship Leaque, semalam

Mohd Sharkar berkata, walaupun tanpa sokongan PAS, keputusan Pilihan Raya Negeri Melaka menunjukkan Barisan Nasional dan UMNO masih lagi relevan dan diterima rakyat.

“Jadi tidak boleh waktu yang biasa dia (PAS) sokong, waktu masa hendak pilihan raya dia (PAS) buat keputusan hendak sokong PN.

“Kemungkinan selepas ini,  PAS ke MN pula kerana dia tengok PN kalah teruk di Melaka.

BBerkaitan

Latest articles