Muhyiddin Tuntut Mohd Puad Mohon Maaf, Ganti Rugi RM10 Juta

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menuntut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi sebanyak RM10 juta kerana membuat kenyataan berbaur fitnah dalam satu hantaran di Facebook minggu lalu.

Menerusi surat tuntutan yang dihantar firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership kepada Mohd Puad semalam, Muhyiddin turut menuntut Mohd Puad memadam kenyataan bertarikh 9 Feb mengenai kuarantin dari laman Facebooknya.

Mohd Puad sebelum ini mendakwa Muhyiddin enggan dikuarantinkan selepas pulang dari lawatan rasmi dari Jakarta pada 5 Februari lalu, menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan satu warta perintah kuarantin tiga hari terhadap menteri.

“Kami diarahkan bahawa kenyataan 

tersebut mengandungi maklumat tidak benar, tidak berasas dan berniat jahat,” demikian butiran surat tuntutan yang ditandatangani oleh peguam Muhyiddin.

Surat yang sama juga menyebut untuk Mohd Puad menyatakan permohonan maaf secara terbuka disiarkan secara jelas dan segera di laman Facebooknya dan semua portal berita dan media sosial yang menyiarkan kenyataan yang didakwa berunsur fitnah itu.

Malah Mohd Puad juga dituntut  mengeluarkan aku janji bertulis untuk tidak mengulangi atau menerbitkan kenyataan sama atau seumpama itu dalam apa jua cara sekalipun.

“Kami diarahkan untuk menuntut agar bersetuju untuk membayar pampasan kepada anak guam kami sejumlah RM10 juta dan jika gagal menunaikan tuntutan dalam masa tujuh hari dari tarikh surat ini, maka kami akan mengambil tindakan guaman terhadap anda,” katanya.

Difahamkan surat tuntutan tersebut dihantar melalui e-mel dan juga diserahkan secara tangan kepada Mohd Puad hari ini.

Untuk rekod pada 9 Februari lalu, Pejabat Perdana Menteri menerusi kenyataannya menepis fitnah yang dibuat oleh Mohd Puad kononnya perintah kuarantin tiga hari untuk Menteri yang melakukan lawatan ke luar negara diwartakan oleh kerajaan kerana Perdana Menteri enggan dikuarantinkan sekembalinya dari lawatan rasmi ke Indonesia.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Ramai Lagi Pemimpin UMNO Senada Dengan Musa Desak Zahid Berundur

Lebih ramai pemimpin UMNO di peringkat negeri dan bahagian akan mendesak pengunduran Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi menjaga integriti parti itu...

Demi Rakyat, DAP Sedia Bekerjasama Dengan UMNO

DAP memaklumkan pihaknya tidak akan berpakat secara politik dengan UMNO, namun bersedia bekerjasama sekiranya membabitkan kepentingan rakyat. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata demikian...

PKR Tak Pernah Bincang Kerjasama Dengan UMNO, BERSATU

PKR bersedia bekerjasama dengan parti politik yang disifatkan sealiran dengannya, sekaligus menolak dakwaan bahawa wujud perbincangan dengan UMNO atau BERSATU untuk mendepani PRU15. Presiden PKR,...

Lepas Gagal Membunuh, Kini Pihak Lawan Cuba Kawal UMNO

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi percaya ‘musuh’ sedang berusaha mengawal parti itu setelah cubaan untuk memusnahkannya menemui jalan buntu. Menurutnya, pihak lawan...

Cucu Jadi Mangsa Cabul Datuk

Seorang lelaki warga emas ditahan polis selepas dipercayai mencabul cucu perempuannya yang berumur lapan tahun di sebuah rumah di Taman Perumahan Skudai, Johor Bahru,...