Mohd. Khairuddin Jumpa Ahmad Zahid Malam Tadi

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali dilaporkan bertemu dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Ibupejabat UMNO malam tadi.

Malah Ahli Parlimen Kuala Nerus itu enggan mengulas lanjut tujuan kehadirannya ke sana dan hanya melemparkan senyuman kepada pemberita.

Kehadirannya itu semasa pemimpin UMNO mengadakan pertemuan malam ini bagi membincangkan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Dalam pada itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menafikan kehadiran Mohd. Khairuddin Onn malam ini mempunyai kaitan dengan mesyuarat tersebut.

Cuma beliau mengesahkan pemimpin Pas itu menemui Ahmad Zahid.

“Itu kunjungan biasa, pelbagai pihak mengunjungi Presiden UMNO termasuk duta-duta,” jelasnya.

BBerkaitan

Latest articles