Masjidil Haram Dan Masjid Nabawi Akan Dibuka Semula Tidak Lama Lagi

Dua masjid suci bagi agama Islam, Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah akan dibuka semula tidak lama lagi selepas pandemik COVID-19 berjaya ditangani.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci yang juga Imam terkenal Sheikh Abdul Rahman As-Sudais melalui Twitter haramain.info pada Rabu.

Menerusi ciapan berkenaan di Twitter, Sheikh Abdul Rahman berkata, keadaan dijangka kembali normal di dua masjid suci tidak lama lagi dan ini adalah perkhabaran gembira buat keseluruhan umat Islam.

Menurutnya, dua masjid suci itu akan dibuka untuk tawaf dan solat, serta ziarah terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Namun, tegasnya, pihaknya tidak akan tergesa-gesa membuat keputusan membuka dua masjid tersebut kerana perlu mengambil semua langkah pencegahan yang perlu demi kebaikan umat Islam

“Kami tidak akan tergesa-gesa membuka dua masjid suci itu kerana semua langkah yang diambil adalah untuk kebaikan kita.

“Sekali lagi, kami menyeru semua umat Islam agar terus berdoa semoga pandemik ini selesai, berdoa untuk kebaikan pemimpin kita (Penjaga Dua Masjid Suci) sambil menerima bahawa apa yang dilakukan ini adalah yang terbaik.

“Semoga Allah melindungi mereka,” katanya.

Teknologi yang canggih dan terkini akan digunakan untuk menjalankan usaha yang lebih gigih dalam pencegahan Covid-19 daripada merebak.

Di pintu masuk Masjidil Haram, telah dilancarkan penggunaan kamera termal pengesan haba.

Kerajaan Arab Saudi, telah mengeluarkan arahan menggantung pelaksanaan solat Terawih di dua masjid suci di Makkah dan Madinah, serta ibadah umrah, bagi mengekang penularan COVID-19.

Sehingga semalam, Arab Saudi mencatat sebanyak 21,402 kes jangkitan COVID-19 dan 157 kematian. – TRI

BBerkaitan

Latest articles