Mahkamah Benarkan Khalid Samad Berpoligami Selepas Setuju Serah Banglo, Penthouse, Kereta Kepada Isteri Pertama

 

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad dibenarkan untuk berpoligami selepas beliau bersetuju menyerahkan hak-hak yang dituntut isterinya, Dr. Zaiton Abu Bakar sebelum ini.

Perkara itu diputuskan oleh Hakim Abdul Halim Abdullah semalam, selepas kedua-dua pihak hadir ke porisiding di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur untuk penyelesaian secara baik.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam yang telah bersetuju untuk memberikan sebuah rumah banglo yang diduduki mereka sekarang bersama sebuah penthouse yang mana kedua-duanya terletak di Shah Alam ditukar kepada Dr. Zaiton.

Menurut peguam dari Tetuan Asri Musa & Co yang mewakili Zaiton, Nurfarhana Abd Manaf anak guamnya mengarahkan untuk berbincang secara baik dengan Khalid bagi memastikan hak-hak sebagai isteri pertama ditunaikan.

“Kita telah membuat satu perjanjian persetujuan Khalid dengan defendan antaranya adalah nafkah isteri direkod dan diputuskan di hadapan hakim. Plaintif bersetuju hendak berikan sebuah rumah banglo diduduki mereka sekarang bersama sebuah penthouse yang mana kedua-duanya terletak di Shah Alam ditukar kepada Dr Zaiton.

“Juga sebuah kereta jenis Proton X70 yang sedang digunakan bersama-sama elaun tambahan kad kredit kepada defendan. Dalam perjanjian itu turut direkod nafkah bakal isteri juga akan diberikan,” katanya mengikut laporan media pagi ini.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa pertukaran nama terhadap hartanah dan aset akan dilakukan selepas ansuran sewa beli diselesaikan kelak.

Untuk rekod pada 8 Disember lepas, Dr. Zaiton telah memfailkan pembelaan dan tuntutan balas terhadap permohonan poligami oleh suaminya di Mahkamah Tinggi Syariah sebelum Pendaftar Mahkamah, Norbyetty Mohd Nasir membenarkannya dan menetapkan sebutan semula pada 20 Disember lalu.

BBerkaitan

Latest articles