KWSP lupus 7.44 juta saham AirAsia sebelum pendedahan salah laku dikaitkan Airbus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melupuskan sebanyak 7.44 juta saham dalam syarikat penerbangan AirAsia Group Bhd (AAGB).

Dalam satu kenyataan semalam, AAGB berkata, transaksi itu dilakukan pada 28 Januari melalui akaun nomini bagi pihak KWSP.

Berikutan pelupusan 7.44 juta saham itu, KWSP kini memegang sejumlah 210.49 juta saham atau 6.31% di AAGB, menjadikannya pemegang saham ketiga terbesar dalam syarikat penerbangan tersebut.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,912FollowersFollow
21,400SubscribersSubscribe

Terkini