Ketua Srikandi PKR Pula Umumkan Keluar Parti

Pakatan Harapan terus menerima tamparan demi tamparan selepas kerajaan negeri di Kedah tumbang kerana Exco Majlis Pimpinan Wanita PKR, Nurainie Haziqah Shafii membuat pengumuman bahawa dirinya meletak jawatan dan keluar daripada parti yang dipimpin Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Beliau yang juga Ketua Srikandi PKR, bukan sahaja meletakkan jawatan dalam parti, beliau turut letak jawatan sebagai Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Pengumuman itu dibuat dalam satu kenyataan hari ini. Ia dibuat kerana tiada lagi keyakinan dan kepercayaan kepada idealisme perjuangan serta hala tuju PKR sekarang.

“Keputusan ini diambil atas prinsip bahawa jawatan ini (Ahli Majlis MBPJ) atas kapasiti saya selaku ahli PKR.

BACA JUGA – ADUN Lunas Dan ADUN Sidam Sah Keluar Parti PKR

“Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada ahli PKR yang memberi mandat kepada saya sebagai EXCO Majlis Pimpinan Wanita Pusat, pada Pemilihan PKR lalu.

“Penghargaan juga kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Datuk Bandar MBPJ, Datuk Mohd Sayuthi Bakar kerana memberi kepercayaan dan kerjasama sepanjang saya menjadi ahli PKR dan Ahli Majlis MBPJ,” katanya.

Beliau memberi komitmen untuk terus berkhidmat kepada rakyat melalui peranan sebagai seorang peguam serta akan turut memberi komitmen untuk membantu golongan memerlukan.

“Prinsip ini saya junjung sejak menjadi aktivis bermula di universiti dan kemudian menubuhkan pelbagai platform pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif sehingga kini,” katanya. – TRI

BBerkaitan

Latest articles