Kerajaan bersetuju menangguhkan kenaikan kadar tol tahun ini bagi tempoh bermula 1 Januari hingga 31 Disember depan.
Penangguhan itu membabitkan tiga lebuh raya yang sepatutnya mendapat kenaikan kadar tol mulai 1 Januari lalu, iaitu Lebuh Raya Shah Alam (KESAS), Lebuh Raya Lembah Kelang Selatan (SKVE) dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2).
Menteri Kanan (Kerja Raya), Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet, kelmarin, selepas mempertimbangkan peningkatan kos sara hidup rakyat berikutan penularan wabak COVID-19.
Selain itu terdapat lebuhraya dan Plaza tol yang diteruskan penangguhan kenaikan kadar tol yang telah diberikan penangguhan sebelum ini iaiatu melibatkan 21 lebuhraya dan 1 plaza tol ( ditangguhkan semua kelas kenderaan) yang diantaranya adalah Lebuh raya utara -selatan ( PLUS), lebuhraya DUTA – Ulu Kelang 9 DUKE), Lebuhraya Damansara – Puchong ( LDP) dan Lebuhraya kl-Putrajaya (MEX), 1 lebuhraya dan 2 plaza tol ( ditangguhkan kelas 1 dan kelas 5 sahaja). 1 Lebuhraya dan 3 plaza tol ( ditangguhkan kenderaan kelas 5 sahaja) dan 1 lebuh raya ( ditangguhkan kenderaan 2,3,4 dan 5 sahaja)
Menurut Fadhillah lagi, susulan penangguhan berkenaan anggaran pampasan yang perlu ditanggung oleh kerajaan adalah sebanyak RM 2.25 Bilion dan perundingan untuk menstruktur semula kadar tol secara bersama dengan syarikat konsesi masih berjalan, dengan kabinet telah bersetuju untuk ianya dimuktamadkan sebelum 2023.