Kanak-Kanak PASTI Juga Diajar Hormati Kepelbagaian Kaum, PH Diminta Henti Jaja PAS Rasis

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Selangor (DPPS) menggesa pimpinan Pakatan Harapan (PH) untuk tidak lagi menjaja dakwaan bahawa PAS adalah parti rasis dan berpura-pura menerima pelbagai kaum.

Ketuanya, Mohamed Sukri Omar berkata, sekiranya PAS seperi apa yang didakwanya sebagai rasis, tidak mungkin parti itu mempunyai cabang Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang mengumpul ramai penyokong bukan Melayu.

Sedangkan menantu Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang merupakan dari bangsa Cina dan Pegawai Khas Hal Ehwal Bukan Melayu kepada Pesuruhjaya PAS Selangor juga bukan Islam.

“Tahukah mereka, kanak-kanak prasekolah milik Pas iaitu PASTI pun dididik supaya menghormati kawan pelbagai kaum

“Setiap tahun, kanak-kanak ini akan ziarah tadika Cina dan jiran tetangga terdekat dari bangsa Cina dengan memberikan hadiah limau, angpau dan lain-lain.

“Bahkan, ada sekolah PAS mengajarkan bahasa Mandarin sebagai subjek pembelajaran,” katanya dalam kenyataan kepada media.

Menurut Mohamed Sukri, apabila PAS memperjuangkan Islam dan hak orang Melayu, bukan bermaksud rasis, tetapi mempertahankan hak itu adalah kewajipan.

Tambahnya lagi, jika PAS mempertahankan hak dikatakan rasis, bagaimana pula dengan perjuangan pihak tertentu mempertahankan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dan lain-lain yang dianggap hak bagi bukan Melayu?

“Hentikanlah cubaan menanamkan persepsi buruk terhadap PAS. Bahkan PH cuba membawa naratif PAS rasis dan ekstrem, sedangkan DHPP jawapan kepada PAS tidak rasis, manakala penyertaan PAS dalam demokrasi adalah bukti PAS tidak ekstrem.

“Mereka lebih seronok orang bukan Melayu takutkan PAS dari isu rasuah, kerana itu mereka menghalalkan tindakan berpeluk dengan kleptokrat. Orang bukan Melayu tidak pernah ditindas di bawah negeri yang diperintah oleh PAS.

“Bukalah mata dan hati untuk memandang dan berfikir lebih rasional dari ditipu serta menjadi mangsa PH,” katanya.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,682FollowersFollow
20,500SubscribersSubscribe

Terkini