Ka Siong Kesal Dituduh Bermesyuarat Dengan Pemimpin UMNO Dan Pas

KUALA LUMPUR: Presdien MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, kesal denga fitnah kononnya terlibat dengan satu mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin UMNO dan Pas di Tropicana Golf Club, kelmarin.

Jelas Ka Siong, beliau ke Tropicana Golf Club atas jemputan dua uasahawan Cina untuk bersama-sama makan dimsum di restoran Cina, di kelan tersebut.

Beliau memberitahu, ketika tiba di tempat itu, beliau terserempak dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang bersarapan di kafe sebelah dengan restoran berkenaan.

”Saya bertegur sapa dengan PM9 (Ismail Sabri) sebelum dua orang rakan saya tiba. Apabila rakan-rakan saya tiba, saya terus masuk ke Chinese Restaurant,” jelas beliau dalam kenyataan di laman Facebook.

Ka Siong turut menegaskan bahawa beliau tidak terlibat dalam sebarang perbincangan dengan mana-mana wakil parti.

Ini kerana, katanya MCA telah menyatakan pendirian jelas iaitu akur dengan titah Yang Di Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan Perpaduan.

“Just move on,”katanya.

BBerkaitan

Latest articles