Johor Tidak Boleh Lagi kehilangan tokoh dan calon yang mampu urus kerajaan Negeri Dengan Baik – Jalaluddin

MACHAP — Pengundi di Johor tidak boleh lagi kehilangan kerajaan yang baik dan mantap selepas 12 haribulan ini kata Anggota Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Katanya Pengundi di Johor tidak boleh lagi kehilangan tokoh dan calon yang baik dan juga calon yang boleh menguruskan Dun Machap dan layang-layang ini khususnya dan Johor amnya.

Kempen Pilihanraya Negeri Johor yang bermula pada 26 februari lalu akan tamat malam ini  selepas 14 hari dijalankan dengan menggunakan SOP Pilihanraya khusus ekoran penularan wabak covid-19.

Dalam pada itu, Menurut Jalaluddin yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan lagi,  pilihanraya Negeri DUN Johor kali ini juga luar biasa kerana semua parti-parti yang bertanding menampakkan kematangan di dalam berkempen untuk memastikan calon-calon yang ditampilkan mendapat tempat di hati pengundi.

‘ Apatah lagi parti Barisan Nasional di mana kaedah kali ini adalah dalam bentuk yang menggunakan semua medium yang ada sama ada berkempen secara fizikal, kempen dari rumah-ke rumah termasuk berkempen menggunakan media sosial katanya ketika ditemui di dalam majlis santai BBQ bersama pengundi di PDM Pekan Machap Malam tadi.

Menurutnya kempen yang dibuat diterima baik oleh pengundi, terutamanya bagi golongan muda dan generasi baharu dan yang penting kaedah dan mesej yang mahu kita sampaikan katanya.

DUN Machap menyaksikan bekas EXCO kerajaan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi daripada Barisan Nasional (BN) bakal berdepan saingan daripada Azlisham Azahar dari Perikatan Nasional (PN); calon parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), R Sangaran dan calon Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) yang juga Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Shahruddin Md Salleh.

Manakala Bagi DUN Layang-layang, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik (PKR) berdepan saingan daripada Mutalib Rahim (BN) yang juga bekas EXCO kerajaan negeri, di samping K Alagathiran (PN) dan Ahmad Shafiq Othaman (PEJUANG).

PRN Johor menyaksikan 2,597,742 pengundi yang terdiri daripada 2,574,835 orang pengundi biasa; 10,955 orang anggota tentera dan pasangan; 11,576 anggota polis dan pasangan Polis Pasukan Gerakan Am serta 376 orang Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara.

BBerkaitan

Latest articles