Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin disahkan pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan dibenarkan keluar dari hospital pada Ahad lepas.
Setiausaha Akhbar beliau, Zulkifli Bujang juga memaklumkan Hamzah kini berada dalam keadaan baik.
Untuk rekod Hamzah disahkan positif COVID-19 pada 12 Januari lalu dan menjalani rawatan serta kuarantin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).