Hampir 10 Warga Malaysia Maut Kerana Covid-19 Di AS

Persatuan Malaysia Amerika (MAA) memberitahu bahawa sekurang-kurangnya 10 rakyat Malaysia yang menetap di New York, Amerika Syarikat maut akibat jangkitan Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan oleh Presidennya, Kim Bong sambil menambah dua daripada yang maut itu adalah anggota persatuan tersebut.

“Seorang pemilik restauran, sementara seorang lagi dijangkiti di subway (stesen kereta api),” katanya melalui wawancara telefon dengan The Star.

Dua lagi yang maut adalah pasangan yang tinggal di Brooklyn pada minggu lepas.

Kim turut memberitahu bahawa seramai 30 rakyat Malaysia sedang menerima rawatan kerana dijangkiti wabak berkenaan.

Untuk rekod, AS mencatat jumlah kematian kerana Covid-19 melebihi angka 100,000 dan jumlah jangkitan lebih dari 1.7 juta.

BBerkaitan

Latest articles