Hal Lain Bising, Kenapa Isu Tommy Diam Pula?

Sikap mendiam diri Datuk A. Kadir Jasin terhadap kontroversi buku memoir bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas agak menghairankan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi berkata bekas Penasihat Media kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu mengambil sikap berbeza jika hendak dibandingkan dengan isu-isu berkaitan UMNO dan kerajaan.

Sedangkan memoir itu mendedahkan peguam negara dan hakim-hakim atasan semasa yang dilantik oleh Tun Dr Mahathir Mohamad atas pengaruh politik.

Dakwa Mohd Puad, jika lantikan politik,’ sudah tentu tujuannya kerana pendakwaan politik, maka sebab itu hakim perbicaraan boleh ditukar dan kes berkaitan UMNO dilonggok kepada seorang hakim sahaja.

Reaksi itu diberikan Mohd Puad selepas

Kadir memuji tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa bekas Pengerusi MARA Inc dengan 20 pertuduhan rasuah berkaitan hartanah MARA di Australia.

Kononnya ia sebagai tindakan menegakkan keadilan kerana Datuk Mohammad Lan Allani adalah seorang VVIP – sama seperti Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang dihukum bersalah.

”Patut Kadir persoalkan kenapa SPRM tidak dakwa Mohd Allani masa PH memerintah? Jelas Tun M dan Tommy Thomas hanya berminat dengan “selective prosecution” iaitu tumpu kepada pemimpin utama UMNO sahaja.

”Kadir dakwa MARA adalah nadi orang Melayu. Tetapi kenapa senyap bila aset Tabung Haji dilelong masa PH. Kenapa tidak sokong RCI terhadap Tabung Haji,” katanya lagi.

Mohd Puad berkata Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun turut mengecam Tommy sebagai dangkal, termasuklah bekas peguam negara, Tan Seri Apandi Ali dan bekas Peguam Cara III yang membuat laporan polis terhadap Tommy

”Tetapi Kadir Jasin tetap membisu. Sekurang-kurangnya Tun M marah dan menyesal lantik Tommy Thomas,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles