Hajiji Hargai Sokongan Tiga Bekas ADUN Warisan

KOTA KINABALU: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor, menzahirkan penghargaan kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyatakan sokongan terhadap kepimpinan beliau di Sabah selepas keluar Parti Warisan (WARISAN), kelmarin.

Tiga ADUN terbabit ialah Mohammad Mohamarin (Banggi), Chong Chen Bin (Tanjong Kapor) dan Norazlina Arif (Kunak) yang memaklumkan bahawa mereka mengambil keputusan itu dengan harapan dapat meneruskan khidmat baik kepada rakyat di kawasan masing-masing.

“Terima kasih kepada mereka (tiga ADUN berkenaan) menyokong kerajaan yang saya pimpin. Terima kasih banyak,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Malam Anugerah Kumpulan Yayasan Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, semalam.

Hajiji yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah ketika ditanya sama ada tiga ADUN terbabit akan dipelawa menyertai parti diterajuinya itu, menjelaskan ia bergantung pada keputusan mereka sendiri.

“Saya tengok keadaan macam mana. Kita tunggu apa yang mereka putuskan nanti untuk diri dan masa depan politik masing-masing,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles