UMNO Terlalu Kejar Pas, MCA dan MIC Seolah-olah Tidak Wujud

KUALA LUMPUR: UMNO didakwa terlalu mengejar keuntungan politik menerusi kemungkinan kerjasama dengan Pas sehingga mengetepikan kepentingan rakan komponennya dalam Barisan Nasional (BN), MCA dan MIC.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairuddin berkata, tindakan pemimpin MCA meninggalkan majlis pengumuman calon BN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka lebih awal mencerminkan rasa tidak puas hati parti itu yang didakwa tidak lagi dihormati oleh UMNO.

Menurutnya, perkembangan itu memperlihatkan bagaimana percaturan politik demi meraih keuntungan jangka pendek boleh mengorbankan hubungan dengan parti komponen yang sekian lama bersama dalam BN.

Beliau turut mempersoalkan nasib suara golongan minoriti sekiranya kerjasama politik antara UMNO dan Pas membawa kepada pembentukan kerajaan gabungan pada masa depan.

Katanya, kedudukan MCA dan MIC dalam politik semasa juga menimbulkan persoalan mengenai kemampuan kedua-dua parti itu untuk mempertahankan kepentingan komuniti yang diwakili mereka.

“Secara keseluruhannya, MCA dan MIC hanya mempunyai tiga kerusi di Dewan Rakyat dan tidak mempunyai sebarang jawatan menteri,” katanya dalam satu kenyataan.

Danish berkata, situasi itu mengundang persoalan sama ada suara kedua-dua parti berkenaan masih diberikan perhatian sewajarnya ketika UMNO semakin terbuka mempertimbangkan kerjasama dengan Pas.

BBerkaitan

Latest articles