Gegaran di Lembah Klang susulan gempa bumi di Sumatera Barat

Gegaran dirasai di sekitar Lembah Klang hari ini setelah gempa bumi menimpa Sumatera Barat.

Jabatan Meteorologi Indonesia melaporkan gempa pada magnitud 6.2 dikesan dekat Bukit Tinggi pada kira-kira jam 8.39 pagi waktu tempatan (9.39 pagi waktu Malaysia).

Jabatan itu bagaimanapun berkata tiada risiko berlaku tsunami.

Dalam pada itu Metreologi Malaysia turut memaklumkan Gempa bumi kuat telah berlaku di Utara Sumatra, Indonesia pada jam 9:39 pagi, 25 Februari 2022

“ Walaubagaimanapun Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Gegaran dirasai di bahagian Barat Semenanjung terutama di Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor katanya.

Dalam pada itu, beberapa bangunan tinggi sekitar Lembah Klang turut melakukan Pengungsian bangunan ekoran gegaran terbabit.

Antara pengunsian bangunan yang di lakukan adalah sekitar Putrajaya, Jalan Raja Chulan,serta menara WTC di Kuala Lumpur,

Maklumat lanjut menyusul

BBerkaitan

Latest articles