“Siapa Yang Paksa?” – Zahid Persoal Dakwaan Ismail Tandatangan Dokumen

KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai pihak yang didakwa memaksa Datuk Ismail Lasim menandatangani dokumen berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kini dibangkitkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid mahu penjelasan lebih jelas berhubung dakwaan Menteri Besar Negeri Sembilan itu bahawa beliau dipaksa menandatangani Surat Cara Proklamasi yang dikaitkan dengan usaha menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Beliau berkata, dakwaan berkenaan pada ketika ini datang daripada Ismail sendiri dan wajar disokong dengan penjelasan lanjut, termasuk daripada pihak yang berada bersama beliau ketika dokumen itu ditandatangani.

“Siapa yang paksa? Dia (Ismail) kata dia dipaksa, itu ayat dia.

“Saya rasa elok kalau kenyataan itu diabsahkan oleh peguamnya jika ada ketika menandatangani dokumen berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Putra (WTC), hari ini.

Ahmad Zahid turut memberi petunjuk bahawa isu berkenaan mungkin diperjelaskan menerusi satu sidang media dalam masa terdekat.

Katanya, perkembangan itu berkemungkinan menjadi ruang untuk penjelasan lanjut diberikan mengenai dakwaan yang kini mencetuskan persoalan.

Kontroversi berkenaan tercetus susulan dakwaan kewujudan dokumen yang mempunyai kaitan dengan usaha menurunkan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

BBerkaitan

Latest articles